Saturday, July 03, 2010

Brazil punya pasal


Belum puas berkabung lagi selepas Brazil kalah. Wearing one jersey after another. Kuning ke biru. Biru ke kuning. Kuning ke biru. Sambil pegang tuala kertas. Sedihnya tak tertahan. Macam separuh nyawa ditarik. Okay tipu sangat dah. Tapi memang betul-betul sedih ni ): Sampai terasa nak guna bahasa ibunda dengan entri kali ini.

Kenapa Brazil kalah ? Mungkin bukan rezeki. Mungkin juga sebelum ini saya tak pernah-pernah cakap besar dengan kawan-kawan pasal bola, tiba-tiba semalam terikut-ikut Iddy dengan Aizat cakap besar dengan Yus selepas dia dah putus harapan dengan Belanda. Huh, ambil awak, separuh masa kedua, Belanda beri tamparan hebat dekat Brazil. Brazil pun agak bengong - maaf bahasa kasar sedikit - boleh main 'chill chill'. Awal-awal baget boleh menang la tu. Pengajaran baik ni, jangan pandang rendah dengan pihak lawan. Dan pengajaran buat saya, bila kawan-kawan cakap besar, kita sepatutnya beri peringatan kepada mereka dan cakap "Stoppppp !! Don't jinx it bloody hell !!". Hehe. Menyesal cakap besar. Tak tipu. Menyesal sangat. Betullah Tuhan cakap, jangan cakap besar. Nanti musibah datang melanda. Kan dah kena baru nak menyesal takda guna sudah. Ha ha padan muka. Ha ha padan lah dengan muka tu ):


No comments:

Post a Comment